Popular Posts

Friday, October 22, 2010

Erti Sahabat Buat Diriku

Hidup ini kadang-kadang ditempuhi dengan penuh berliku..Namun, kita dibantuNya dengan kehadiran sahabat-sahabat yang begitu bermakna dalam menjalani kehidupan ssebagai khalifah dimuka bumi ini. Sahabat-sahabat ini didatangkan dengan pelbagai rupa dan ragam yang akan melengkapkan hidup kita dengan pelbagai rasa seperti manis, masam, pahit dan sebagainya.. Itulah sahabat-sahabat yang sering membantu kita didalam susah mahupun senang.. senyuman dan telatah mereka membuat daku tersenyum sendiri. Hatiku terhibur dengan kehadiran mereka di didalam hidupku..sesungguhnya aku bersyukur dikurniakan sahabat seperti mereka sepanjang aku di bumi Allah s.w.t. Sahabat-sahabat yang berada di sekeliling ku di saat aku jatuh dan bangun amat bererti buatku.. Terima kasih ku ucapkan buat semua sahabatku..dan ku memohon kemaafan andai ada kekhilafan yang aku lakukan secara sengaja atau tidak sengaja. Tanpa korang semua perjalanan hidupku di sini tidak bermakna... Sayang korang semua..



No comments:

Post a Comment