Popular Posts

Friday, September 24, 2010

RINTIHAN SEORANG HAMBA YANG HINA

Ya Allah Ya Tuhanku

Aku tahu ketenangan, kebahagiaan dan kegembiraan sedang menghampiriku,

Aku sedar setiap musibah yang menimpa diriku adalah ujian-Mu,

Ke atas keimanan dan ketaatanku kepada Mu,

Kini ku mengerti bahawa di sebalik setiap kepahitan yang telah, sedang dan akan ku lalui,

ada kemanisan yang akan Engkau janjikan untukku di penghujungnya,

Aku terima setiap ketetapan-Mu ke atasku kerana aku yakin bahawa

Setiap ketetepan yang Engkau datangkan ke atasku adalah yang yang terbaru untukku mengikut ilmu-Mu,

Aku kini sedar bahawa musibah yang melanda hidupku adalah petanda sayang-Mu padaku,

Kini aku tidak lagi bertuhankan dunia, sebaliknya aku bertuhankan Engkau ya Allah,

Kini aku tidak lagi melatakkan kebahagiaan kepada kebendaan,

Aku tidak lagi takut kepada sesuatu atau seorang kerana aku tahu tiada ketakutan bagiku yang mentaati-Mu,

Cukup engkau tempatku bergantung dan akan tidak akan sekali-kali bergantung kepada yang selain daripada-Mu,

Aku sekarang melihat Engkau dalam setiap hal kehidupanku,

Aku kini tenteram walaupun dunia di sekelilingku kian bergelora,

Aku sudah pun memulakan lembaran baru dalam hidupku,

Aku tahu Engkau Tuhan yang Maha Memberi, Maha Penyayang dan Maha Menolong,

Aku redha dan bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat-Mu ke atasku,

Aku sekarang rajin berusaha dan sentiasa mengingati-Mu,

Aku tidak lagi berburuk sangka terhadap Engkau dan diriku,

Aku kini kusyuk mengisi jiwa dan mendekati-Mu,

Aku amat suka bersolat, berdoa dan berzikir kepada-Mu,

Aku tenang, aman dan bahagia di sisi-Mu Ya Allah,

Aku tidak lagi mudah berputus asa,

Aku bersabar dengan menunggu bantuan-Mu,

Terima kasihku kepada-Mu kerana telah memberi petunjuk kepadaku- Amin.

saje-saje

Rindunyer...dekat insan bernama ibu..tapi nak buat camner baru je balik kampung. Tengah-tengah pagi buta ni mula la nak merepek...bila tak ada idea untuk buat proposal....idea datangla kepada ku, supaya aku dapat menyiapkan proposal yang nak kena submit 2 minggu g... poning pale den nak cari sumber kedua untuk proposal ni... kawan-kawan yang tahu mengenai buku sejarah kampung gtau saya yer...leh saya cari buku tu dekat library...